empty
03.09.2021 11:28 AM
Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 September 2021

This image is no longer relevant

Berikut adalah butiran kalendar ekonomi untuk 2 September:

Data mingguan mengenai permohonan pengangguran di Amerika Syarikat (AS) telah dikeluarkan pada semalam, di mana angka itu merekodkan bacaan yang cukup baik. Namun, peserta pasaran hanya menumpukan perhatian kepada mereka secara berpusat.

Perincian statistik:

Jumlah permohonan awal untuk faedah pengangguran menurun dari 345 ribu kepada 340 ribu orang.

Jumlah permohonan berulang untuk faedah pengangguran turun dari 2,908 ribu kepada 2,748 ribu.

* Permohonan faedah pengangguran mencerminkan jumlah warganegara yang sedang menganggur dan mereka yang menerima faedah pengangguran. Indikator ini dianggap sebagai keadaan pasaran buruh, di mana pertumbuhan indikator tersebut memberi kesan negatif terhadap tahap penggunaan dan pertumbuhan ekonomi. Pengurangan permohonan faedah akan memberi kesan positif terhadap keadaan pasaran buruh.

Analisis carta dagangan 2 September:

Selama dua minggu pembetulan pasangan mata wang EUR/USD, harga kembali diniagakan ke tahap tinggi tempatan dari pembetulan sebelumnya pada 1.1880/1.1905. Ini telah menyebabkan pengurangan jumlah pesanan membeli dan pergerakan menaik yang perlahan.

Walaupun kami mempertimbangkan pesanan menjual setiap hari, senario alternatif tidak boleh dilupakan. Oleh yang demikian, pesanan menjual yang seterusnya seharusnya menjadi relevan jika harga kekal diniagaakndi bawah tahap 1.1800, namun ini tidak berlaku. Sebaliknya, pergerakan kenaikan inersia dilanjutkan di pasaran. Kemungkinan ini dijelaskan dalam artikel sebelumnya. Penanda aras untuk menetapkan keuntungan dari pesanan membeli adalah pada tahap 1.1900, ke arah mana harga bergerak.

Bagi pasangan mata wang GBP/USD, pedagang dilihat telah berjaya menembusi sempadan menaiknya selama pergerakan tiga hari di sekitar tahap 1.3730/1.3800. Akibatnya, pertumbuhan spekulatif dalam jumlah pesanan membeli diperhatikan.

Strategi dagangan pada 3 September mempertimbangkan dagangan penembusan harga pada satu atau sempadan lain dari tahap 1.3730/1.3800 yang ditetapkan di pasaran. Menurut kepada pendekatan ini, terdapat peluang untuk pedagang memasuki pasaran pada saat yang paling tepat. Oleh itu, pedagang boleh membuka pesanan membeli dan menjana keuntungan pada momentum yang datang dari julat mendatar.

Posisi membeli atau Long bermaksud pesanan membeli.

This image is no longer relevant

Kalendar ekonomi 3 September:

Hari ini, Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat (AS) akan menerbitkan laporannya, yang dianggap sebagai salah satu peristiwa ekonomi terpenting dalam dunia kewangan.

Kadar pengangguran untuk bulan Julai berkemungkinan akan mencatatkan penurunan dari 5.4% kepada 5.2%.

Di luar sektor perladangan, sebanyak 750 ribu pekerjaan baru mungkin ditawarkan berbanding 943 ribu dalam tempoh pelaporan sebelumnya.

Menurut perincian jangkaan statistik, pakar-pakar meramalkan proses pemulihan yang selanjutnya, dan ini dapat menyebabkan kenaikan dolar AS jika ramalan bertepatan. Pada waktu yang sama, laporan kadar pekerjaan ADP, yang dikeluarkan pada hari Rabu, menunjukkan bahawa harapan untuk pekerjaan baru mungkin terlalu tinggi. Ini menunjukkan bahawa laporan mungkin merekodkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan, dan ini akan memberi kesan negatif terhadap kedudukan dolar AS.

Perlu diperhatikan bahawa kejatuhan dolar AS semalam mungkin memberikan isyarat bahawa pasaran sedang mempertimbangkan senario terburuk terlebih dahulu berdasarkan kepada laporan tersebut. Dalam kes ini, dolar AS mungkin tidak melemah dengan ketara walaupun dengan statistik negatif.

Waktu penerbitan laporan adalah pada jam 12:30, Waktu universal.

Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 3 September:

Kawasan rintangan 1.1880/1.1905 memberikan tekanan kepada pembeli, oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mengecualikan kenaikan semula jadi dalam harga, seperti yang terjadi pada awal bulan Ogos. Sekiranya jangkaan kenaikan semula ini bertepatan, dolar AS cenderung untuk mengukuh ke tahap 1.1800.

Senario alternatif pembangunan pasaran akan menjadi relevan jika harga kekal diniagakan di atas tahap 1.1920.

This image is no longer relevant

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 3 September:

Status terlebih belian (overbought) pound adalah disebabkan oleh pembetulan berpanjangan dari 23 Ogos yang sekali lagi membawa kepada pertimbangan kemasukan pesanan menjual di pasaran. Isyarat ini akan menjadi paling relevan sekiranya harga kekal diniagakan di bawah tahap 1.3800.

Pergerakan harga di sepanjang trajektori menaik saat ini dihadkan oleh tahap rintangan 1.3880.

*Pasaran terlebih belian (overbought) - situasi yang berlaku setelah harga naik terlalu tinggi dan cepat, dan dijangka akan segera jatuh. Dalam kes kami, kami bercakap mengenai euro, yang telah meningkat dengan mendadak.

Posisi menjual atau Short bermaksud pesanan menjual.

This image is no longer relevant

Apakah yang digambarkan dalam carta dagangan?

Paparan pada carta graf lilin adalah segi empat tepat grafik cahaya putih dan hitam, dengan stick di atas dan bawah. Semasa menganalisis setiap graf lilin secara terperinci, anda akan melihat ciri-ciri jangka masa relatifnya: harga pembukaan, harga penutupan, harga maksimum dan minimum.

Tahap mendatar adalah koordinat harga, yang berkaitan dengan pemberhentian atau pembalikan harga yang mungkin berlaku. Tahap ini disebut sokongan dan rintangan di pasaran.

Lingkaran dan segi empat tepat diserlahkan contoh di mana cerita harga bermula. Pemilihan warna ini menunjukkan garis mendatar yang mungkin memberi tekanan kepada sebut harga di masa depan.

Anak panah atas/bawah adalah titik rujukan arah pergerakan yang berkemungkinan pada masa akan datang.

Perkara yang perlu diingat:

Peraturan Emas: Anda perlu mengetahui risiko yang bakal anda hadapi sebelum mula berdagang dengan wang sebenar. Mempelajari ilmu dagangan adalah sangat penting bagi pedagang baru kerana pasaran akan ada pada hari esok, minggu depan, tahun depan dan seterusnya.

Pilih carta masa
5
min
15
min
30
min
1
jam
4
jam
1
hari
1
minggu
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN

Artikel yang dicadangkan

Bagaimana untuk Berdagang Pasangan GBP/USD pada 29 April? Tip Ringkas dan Analisis Dagangan untuk Pedagang Baharu

Pada hari Isnin, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 130 pip. Begitulah "Isnin yang membosankan" tanpa laporan makroekonomi atau ucapan penting. Pound sterling meningkat lebih dari satu sen tanpa sebarang sebab yang

Paolo Greco 06:43 2025-04-29 UTC+2

Bagaimana untuk Berdagang Pasangan EUR/USD pada 29 April? Petua Ringkas dan Analisis Dagangan kepada Pedagang Baharu

Analisis Dagangan Hari Isnin Carta 1 Jam EUR/USD Pada hari Isnin, pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan pergerakan yang agak bercampur, tidak kira dari sudut mana pun ia dilihat. Di satu

Paolo Greco 06:43 2025-04-29 UTC+2

Cadangan dan Analisis Dagangan untuk GBP/USD pada 29 April: Pound Sterling Kembali ke Tabiat Lamanya

Pada hari Isnin, pasangan mata wang GBP/USD sekali lagi diniagakan dengan lebih tinggi walaupun tiada alasan fundamental. Namun, pada masa ini, semua pedagang sepatutnya sudah biasa dengan perkembangan sedemikian. Walaupun

Paolo Greco 04:32 2025-04-29 UTC+2

Cadangan Dagangan dan Analisis untuk EUR/USD pada 29 April: Kenaikan Euro Tidak Mengubah Aliran Mendatar

Analisis 5-Minit pasangan EUR/USD Pada hari Isnin, pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan pergerakan menaik yang agak ketara sepanjang hari namun kekal berada dalam saluran mendatar sempit 1.1312–1.1414 (garisan Kijun-sen). Sebagai

Paolo Greco 04:32 2025-04-29 UTC+2

GBP/USD: Rancangan Dagangan untuk Sesi AS pada 28 April (Analisis Dagangan Pagi)

Dalam ramalan pagi, saya menumpukan pada tahap 1.3342 dan merancang untuk membuat keputusan dagangan berdasarkan tahap itu. Mari kita lihat carta 5 minit dan lihat apa yang berlaku. Pasangan mata

Miroslaw Bawulski 19:19 2025-04-28 UTC+2

EUR/USD: Rancangan Dagangan untuk Sesi A.S. pada 28 April (Ulasan Dagangan Pagi)

Dalam ramalan pagi saya, saya memberi tumpuan kepada tahap 1.1391 dan merancang untuk membuat keputusan perdagangan dari situ. Mari kita lihat carta 5 minit dan lihat apa yang berlaku. Walaupun

Miroslaw Bawulski 19:07 2025-04-28 UTC+2

Bagaimana Berdagang Pasangan GBP/USD pada 28 April? Tip Ringkas dan Analisis Perdagangan untuk Pedagang Baharu

Pada hari Jumaat, pasangan mata wang GBP/USD juga tidak menunjukkan pergerakan yang menarik. Seperti euro, pound British kekal sangat hampir dengan julat mendatar. Walau bagaimanapun, mata wang British masih mengekalkan

Paolo Greco 05:51 2025-04-28 UTC+2

Bagaimana untuk Berdagang Pasangan EUR/USD pada 28 April? Petua Ringkas dan Analisis Dagangan kepada Pedagang Baharu

Analisis Dagangan Hari Jumaat Carta 1-Jam pasangan EUR/USD Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan secara mendatar pada hari Jumaat. Pasaran terus mengabaikan semua data makroekonomi, dan minggu lalu sekali lagi

Paolo Greco 05:51 2025-04-28 UTC+2

Cadangan Dagangan dan Analisis untuk GBP/USD pada 28 April: Pound Tidak Percaya kepada Penyusutan Ketegangan

Analisis GBP/USD carta 5-Minit Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan mendatar pada hari Jumaat, kekal berhampiran paras tertinggi tiga tahun. Hakikat bahawa pound British enggan melakukan pembetulan menurun walaupun sedikit

Paolo Greco 04:14 2025-04-28 UTC+2

Cadangan dan Analisis Dagangan untuk EUR/USD 28 April: Pasaran Mendatar Berterusan

Pasangan mata wang EUR/USD terus berdagang secara mendatar sepanjang hari Jumaat. Pada separuh kedua minggu lalu, euro berdagang semata-mata antara tahap 1.1321 dan 1.1391, walaupun saluran mendatar keseluruhannya boleh digariskan

Paolo Greco 04:13 2025-04-28 UTC+2
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget
 

Dear visitor,

Your IP address shows that you are currently located in the USA. If you are a resident of the United States, you are prohibited from using the services of InstaFintech Group including online trading, online transfers, deposit/withdrawal of funds, etc.

If you think you are seeing this message by mistake and your location is not the US, kindly proceed to the website. Otherwise, you must leave the website in order to comply with government restrictions.

Why does your IP address show your location as the USA?

  • - you are using a VPN provided by a hosting company based in the United States;
  • - your IP does not have proper WHOIS records;
  • - an error occurred in the WHOIS geolocation database.

Please confirm whether you are a US resident or not by clicking the relevant button below. If you choose the wrong option, being a US resident, you will not be able to open an account with InstaForex anyway.

We are sorry for any inconvenience caused by this message.